Thursday, March 25, 2010

Sudah tiba masanya....

Salam ziarah

Jarum pendek menunjukkan hampir ke nombor enam. Jarum panjang menujukkan tepat ke nombor sembilan..secara kasarnya jam menunjukkan pukul 5.45 pagi. Dah 15 minit B pergi sekolah. Saya baru saja selesai mengemop lantai. Mop lantai dengan sentalan yang hebat dan kuat..hehe.  Hanna tenyeh coklat Cadburry di serata lantai..! Saya tak tahu lah dia pandai makan coklat ke tidak. tapi..dia joint sekaki makan dengan ayah dia malam tadi. Mungkin dia geli nak pungut coklat yang jatuh dan lembik kat lantai..then she squeezed it with her kaki. Iyee...ibu tau.., betul punye..Pepagi buta ni saya tak pernah exercise..tapi pagi ni..exercise habess..kahkah

Menu breakfast pagi jumaat ni
Sandwich Ayam Special Ala HaBibi.....hehe..baek punye
Hari ni B tak nak roti tu dibakar..so saya tepek jela 
Tomato nak lebih...tapi nak kurang mayonis
Milo panas tak de pulak kat situ

Hari ini jualan nasi lemak saya kurang berbanding hari-hari biasa. Sengaja saya kurangkan jumlahnya. Jualan hari ni hanya untuk sekolah B dan jiran sebelah je. Setelah  hampir 4 bulan berbisnes kecik-kecik ni, saya tahu sudah tiba masanya perlu menukar menu jualan. Semalam nasi lemak berbaki 7 daripada 55. Saya rasa ini kali pertama ianya berbaki. Hmm..masanya sudah tiba. Mungkin mereka dah jemu nak makan hari-hari. Dulu banyak kali jugak saya tanya pada kawan-kawan, tak boring ke diorang tu makan nasi lemak...?.....tak pun.., itu je jawapannya. Untuk menjauhkan sekejap mereka dengan nasi lemak, saya akan berehat sehari setiap 5 hari berbisnes. Maksudnya 4 hari jelah  turun dapur pepagi buta tu.  Pernah juga tukar bihun goreng..tapi kejap je. Diorang tu lagi prefer nasi lemak...katanyaaaa..Apapun itu semua rezeki. Saya anggap untung rugi tu sebagai warna warni perniagaan. Adatlah bila berniaga...Jika nak hirup madunya...haruslah terima sepahnya juga kan? 
 \
 Nasi Lemak Perantau..tibe-tibe macam nak balik kg!

Jualan nasi berlauk kat sekolah B...berjalan lancar. Hari-hari dengan menu yang berlainan..Hmm..sekarang tengah dalam proses nak buat cycle menu..i believe that its more efficient and  more easier to set up all the ingredient and doing the mise en place ..wahhh..lama tak guna perkataan ni!.. Culinary terms that comes from French language..means preparation before cooking. It may reduces time dari hari-hari fikir esok nak masak ape pulak. The best part is can helps to minimize repetition..!.
Dulu...hari-hari juga saya buat kuih. Sekarang ni jarang-jarang. Pau, donut, karipap, burger malaysia...tu jela antara yang saya suka buat. Tapi sekarang dah tak sempat nak layan kuih dah. Layan hanna yang bangun tibe-tibe nangis nak dukung je...satu lagi hal. Tapi..sekarang cik mas dah take over jual kuih pulak .Taukeh kuih dia sekarang ni...hihi

Semalam Kak Nor ada cadangkan supaya saya cuba pula buat nasi ayam, mee rebus, laksa dan menu goreng-goreng lainnya. Dia bagitau kawan-kawan sekolahnya..lebih suka makan heavy breakfast.....wah..orang sabah ni power jugek ek Alahai..makan untuk sendiri boleh le...nak jual makanan yang berat-berat ni tak terfikir. Dulu nak mulakan nasi lemak pun..liat-liat je. Nasib baik B ada jadi penyandar bila rasa nak give up dan malas nak bangun pepagi..heee. Semua ini dalam perancangan lagi..tengah buat paper work ni..ececeh..

Aiyoo..sekarang jarum pendek ke arah enam..jarum panjang ke arah 4...so..secara kasarnya menunjukkan pukul 6.20 pagi. Pagi ni hanna tidur lena. Tak bangun pepagi nangis-nangis. Mimpi best la tuuu

Ok dah..nak pergi jemur baju pulak
Daaaa



Sempurnakan duniammu

1 comment:

  1. semoga terus success dlm bisnes kamu.. dlm perniagaan tidak semuanya semudah yg dijangkakan.. HIGH RISK, HIGH RETURN.. apepun jua dugaannya.. Sabar & syukur... "Apabila kamu bersyukur, maka Allah tambah rezeki kamu, Barangsiapa tidak bersyukur maka siksaan Allah amat pedih" (Firman Allah s.w.t)

    ReplyDelete