Wednesday, March 24, 2010

Indahnya Selawat Syifa

Salam ziarah



 "Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammadin Tibbil Qulubi wa dawa iha, wa 'afiah 'abdani wa syifaa iha, wa nuuril Absori wa diyaa iha, wa 'ala alihi wa sohbihi ajmain"

Ya ALLAH, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan, dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya.

Masa bercinta-cinta dulu B selalu pesan suruh amalkan selawat ini. Tapi..selalu terlupa..heee.  Kadang-kadang baca,,kadang tak. Sekarang saya berjaya  menghafalnya dengan lancar.  Berdendang dondang saya menghadap saluran ASTRO OASIS petang-petang menerusi Indahnya Iman. Kumpulan Hijjaz kumpulan nasyid yang saya minati....tapi Rabbani yang pertama dihati. Terus lupa lagu-lagu Balada dan Pop Etnik yang lain...heeeeeeeee

Saya ada terbaca keistimewaan kepada sesiapa yang mengamalkan selawat ini. Ok..marilah kita berkongsi ilmu tentang indahnya selawat syifaa ini. Ketika ini saya sedang mengamalkan konsep sharing is caring..haha

!) Selawat shifa ini sangat digalakkan membacakannya sebanyak 7, 5 ataupun 3 kali. Ataupun minimanya sekali pun sudah memadai.

2) Antara fadilat selawat ini ialah mampu menerangkan hati dan mata, menguatkan jantung..dan semestinya mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan. InsyaAllah..jika kita perdengarkan selalu pada anak-anak, mereka akan menjadi orang yang soleh ataupun solehah..

3) Selawat Syifa' di atas dapat menghilangkan lebam, bengkak, gigitan dan sebagainya. Caranya ialah : ambil minyak urutan, lalu bacakan ayat Selawat Syifa' ini dan kemudian sapukan di atas tempat yang sakit, untuk bengkak atau terseliuh elok dicampur dengan bawang merah yang telah ditumbuk. Insya' ALLAH dengan izin ALLAH maka hilanglah sakit atau bekas itu.

Saya percaya banyak lagi khasiat dan fadilatnya jika amalkan selawat ini..
Berselawatlah anda untuk jaminan bahagia di dunia dan akhirat..amin
 



Islam itu indah

 

No comments:

Post a Comment