Saturday, January 23, 2010

Special menu for dinner

Ohoo...serius tak pernah terfikir. Tak pernah pun lidah berkata ya, untuk prepare menu ini..untuk dinner . Kalau breakfast..oh tentu sekali bagus. Lagi saya suka kalau buat sarapan untuk B menu ini. Sebab sangat senang tak payah perah santan. Tapi..i really noticed that memang bagus untuk dinner jugak..! Lagi bagus untuk saya yang nak gemok kurus..tapi tak pernah jadi kurus..huahuahua..

Petang semalam B mengadu yang dia pening kepala dan tak sedap badan. Serius punya pening sampai bukak mata pun setengah aja. Hanna tak paham apa tu pening kepala, sebab tu dia pukul-pukul kepala ayah dia guna anak lembu..nasib baik itu soft toy. Tapi ayah dia tak kisah pun. Lepas maghrib B terus baring dan rehat. Tapi..hanna tetap nak main dan jalan sana sini depan ayah dia. Tapi ayah dia tetap buat dono jek.
Hormon pada selera makan B pun totally changed....ade kan hormon selera makan? B tak nak makan nasi. Tapi dia nak makan yang lain. Bunyi macam roti...eh ye ke roti? Haa...betul..B nak makan roti celup telur lepas tu goreng guna non stick pan tu...Itulah yang saya dengar satu-satu keluar dari  mulut B. Best jugak lepas tu kalau ade sardin sekali..kan yang?..Errk..sardin eh?..Ok!

Saya terus jelah buat semua special order dari B. Cepat-cepat masak sebab dah pukul 8 malam. 8.30 waktu santai tengok tv dengan lipat baju. B tengah tidur time saya sibuk perang kat dapur. Hanna pun  nampak busy betul kat dapur tu main baling-baling bawang..sigh..! Dah siap masak semuanya saya susun atas dulang,  dan hantar dalam bilik. B tidur sampai kerut-kerut dahi.

~ Special menu for dinner ~
4 slices of roti celup telur
A bowl of sardine with gravy
2 tablets of milidon paracetamol
1 mug of hot milo



Room service delivery..ok!

Sangatlah sedap makan roti celup telur bila waktu dinner. Sangat simple dan sedap dan senang. Saya just makan 3 keping je ok. Tapi lepas tu B order lagi 5 keping roti celup telur...U see........, memang sedap kan??

Ok..lain kali sambung..
Daaaaa


dengancinta;



Al Fatihah..

Salam ziarah semua,

 

JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun. Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada pukul 11.20 malam. Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera dan puteri.
Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan. Petang ini, putera sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.
Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.
Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.
JOHOR BAHRU- 23 Jan.-Jenazah Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail selamat disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini pukul 4.10 petang. Almarhum Sultan Iskandar yang memerintah negeri Johor dari 11 Mei 1981 mangkat pukul 7.15 malam semalam di Hospital Pakar Puteri. Almarhum berusia 77 tahun.

-Utusan Malaysia online-


Semoga almarhum dicucuri rahmatNya..dan sejahtera di sana..amin


KAMI anak jati Johor;




Thursday, January 21, 2010

Oh ikan merah

Ok..hari ini sangat best!
Dah 2 hari saya tunggu untuk ini. Akhirnya ada juga rezeki nak merasa ikan marah merah sabah ni. Selalu dengar cik mas cerita dia masak ikan merah. Suami dia siang ikan merah. Suami dia beli ikan merah. Oh..,B tak pernah beli pun ikan merah. Tapi selalu beli ikan kerusi kerisi kegemaran mak bapak hanna ni. Memang sedap ikan kerisi..sangat manis dan sangat praktikal untuk dimakan bolehkan tulis praktikal tu..? Yang paling penting senang nak bagi suap hanna makan. Tak la susah sangat nak ceraikan isi ikan kerisi tu. Memang sangat praktikal sekali untuk bagi baby makan lagi-lagi yang baru masuk gigi 4 batang..haha.Tapi..the worst part ikan kerisi ialah....nak buang or kikis dia punya sisik. Aiyooo..kene pakai apron dan kerut-kerut muka bagi halang sisik terbang sana sini hinggap kat baju i. Dan paling tak suka bila sisik lekat kat pipi or dahi...rasa sangat fail siang ikan dan tak tahu bagaimana menjadi seorang gadis desa. Nak tambah lagi, yang ayu.Tapi tak pe, kalau sisik lekat B selalu tolong kopek...heeeee. Eh eh..bukan ikan ni yang saya nak ceritakan. Tapi....ikan merah...haha..bagi kaler supaya penulisan lebih dramatik..boleh??

Jangan tanya kenapa ikan ni tak warna merah. tapi warna kelabu asap camtu. Ikan ini pun sangatla sedap sekali bila ada orang yang tolong masak untuk kami sekeluarga.Tapi saya jugaklah yang kene masak. Takkan nak suruh emak pulak yang jauh kt tanah malaya tu. Ok..tidak mengapalah. Kene masak bagi sedap. Ikan ni sekilo nak tahu berapa..? cuba teka sekarang..jangan malas eh! Salah! semua tu salah...
Sekilogram = RM7.00..adala dalam 4 ekor..Bagi saya..sangatttt murah dan berbaloi-baloi. Semestinya ikan merah ini jugak fresh dari ladang  laut..Waktu entry ni di buat, ikan-ikan ni masih lagi dok molek-molek dalam fridge. Esokla masak.Tapi..tak tau nak masak ape. Ahh..esokla fikir.

Mari tonton:

Ikan merah yang paling besar tu hanna punya tau

    Ready untuk disiang

U see...insang pun masih berlendir lagi..

Mata bersinar dan galak lagi tuuu



Dengan ini saya labelkan ikan ini SANGATSEGAR.  
warna hijau merujuk kepada segar kan?
Terima kasih pada Ustaz Hasrul, bapa kepada aisyah. Nanti boleh la kami order lagi okay...;)


Ngantuk sudah...sambung lain masa.
daaaaaaaaaaaaaa

 
withlove;


Wednesday, January 20, 2010

Heart

 
You make my world completed,
You became my perfect partner in my life,
We've loved and worked together and made a home,
That fills me with pleasure and pride,
And it's all because of the wonderful one, 
Who has lived through the years by my side,
Thank you to you.., my lovely husband,
You've made my dreams come true,
Your loving and caring make our marriage blessed,
And brings happiness and brightness,
Our little princess is the precious gift for us,
No matter what, we will raise her up with lots of love,
Even sometimes she makes our day tempered,
And now..she is growing so fast..!
Life is changed, but that's okay,
It's fun to spend glad hours each day,
Taking time for all the good,
That comes along with parenthood...






LOVE u much habibi n hanna










Tuesday, January 19, 2010

Cheritera Petang Selasa

Alhamdulillah.
Hujan rahmat dari Allah pun dah berhenti. Syukurlah, air banjir pun semakin surut. Harapnya tanah di bumi Sabah ini akan terus subur. Takde banjir kali yang kedua atau seterusnya.. Esok B akan sekolah seperti biasa. Maknanya, esok aku kene bangun pagi-pagi buat sarapan untuk B..untuk aku sekali daaa.. Apelah yang nak aku masak esok ni oi..? Online tak sudah-sudah. Maklumlah business off kejap..business ape oi?, tungguuuuuuuu di entri-entri yang akan datang ok! So, mase nilah aku ade mase nak buat apa yang aku suke.. Kite online duluuuuuuuuu..!

Entri kali ni padat sarat dan sendat dengan gambar. B snap petang tadi. Ambik mase tuuu aku nak bikin ini cherite. Tapi tak ape, yang penting...i'm willing to do that haaaa.

Ok, mari layan drama sebabak kat bawah ni;




















.Dan malam itu...hanna tidur dengan nyenyak sekali.


Ok dah...dah
Adoii..lotih giler nak upload gambao2 ni..adehhh
P/S: Untuk mendapatkan tumbesaran imej yang hebat, klik kat gambar-gambar tu ok

withlove;






Hujan Oh Hujan




Hari ini masuk hari yang ke 4, hujan turun terus menurus. Berhenti sekejap..lepas tu hujan lagi. Kami duduk diam-diam dalam rumah. sangat boring tahu. Tak tahu nak buat apa. Lagi parah, kawasan sekitar ini selalu tak ade api..atau..karen..atau elektrik. Almost 7 times perday ok! Nasib baik cuaca sejuk dan dingin. So..ok la kan?..Tidak lagi rasa panas bahang mentari macam hari yang dulu-dulu...Bersyukur sekarang! alhamdulillah ya Allah, Kau turunkan hujan rahmat ini.

Bila musim hujan, B tak dapat pergi sekolah. Jiran-jiran pun sama. Rasa macam cuti sekolah pun ada. Masing- masing cerita sekolah ditenggelami banjir dan jalan masuk sekolah ditutup. Ini semua kerana hujan.dan..lepas tu banjir. Walaupun B cuti tak pergi sekolah, aku ade kawan!.., tapi kene ada pulak sekolah ganti. emm..cuti sebab bencana alam pun kene ganti jugak ek..? Apa boleh buat kan?

Bila musim hujan, nak keluar kemana-mana pun payah. Lagi tak best, bila B hantar kereta comel dia tu pergi workshop. Tak tahu bila boleh siap...mekanik kata sebab hujan . Jalan sana sini tak boleh lalu. Nak pergi pekan beli barang dapur..kene tunggu air surut. Kami makan ape ajelah yang ada. Nak makan ikan segar mata merah bersinar... Inner Shine...jangan nak mimpi. Mana ade nelayan turun laut hujan lebat banjir segala ni. Lauk sardin pun sodap..! Tamappp..!



Mood hanna bila hujan ni....bagus sangat.! Dia ikut aje ape yang aku ajar. Siapa nama Hanna..? cepat-cepat dia angkat tangan. Dua belah tangan pulak tu...huhu. Good girl!..Hanna pun sangat enjoy dan happy bila dengar lagu Burung Kakaktua via Youtube tu banyak-banyak kali. Barney-I Love You pun dia naik sangap bila tengok ulang-ulang..The best part is bila Hanna goyang badan dan claps her hand again again again and again..The worst part is bila Hanna tak bagi ibu pegang laptop..! aissshh..susah jugak ini budak kecik..


Mari intai:





Ini kawasan yang dekat dengan rumah. Nasib baik rumah tak kene banjir!




Orang kampung tengok banjir.



Ini sekolah B bile tenggelam dek banjir. Macam kat tengah laut je kan?
Nampak tak selipar guru besar B tu?..hihihi




She really enjoy while watching Burung Kakaktua and Barney's video clips via youtube.. Muke serius sebab tibe-tibe video was hang..haha.




See You Soon ok..


withlove;


Monday, January 18, 2010

Aku Blogger.....vol 02


Masa zaman sekolah aku dulu, jarang dengar perkataan blog. Masa zaman aku tadika, lagilah tak pernah dengar. Yang popular sana sini orang sibuk cite, pasal email. Ye, masa sekolah menengah selalu kawan-kawan cakap..,eh..ko email la aku...boringla takde sape pun yang singgah....Ceh..waktu tu rasa paling glemer kalau ade email. Walaupun aku tau email tu cam best, tp aku takde pun email waktu tu. Nak buat ape ada email. Setiap hari jumpe mak, ayah, adik beradik, jiran tetangga, kucing-kucing, burung-burung dan paling penting kawan - kawan kat sekolah. Anda pun boleh fikir, pentingkah mempunyai email?.. Fikir ya. Tapi..bile dah masuk U,..email tu sgt la penting. Setiap kali kelas nak end up..selalu dengar "okay class...you all need to send your assi
gnment via my email okay...please take note my email address now.."..Tapi yang tak bestnye ade email ni, tak boleh bagi alasan"printer terbakar, pendrive banyak virus duduk, kertas tak cukup..bla..bla... Ahh...banyak alasan la ko nih..! Yang tak best jugak...hari-hari gatal nak pegi cc..nak tengok sape yg bagi email kat kite. Betol tak? Cakap betol. Apepun lecehnye email ni..banyak jugak bagusnye...kan?kan?kan..?..Sila setuju. Ehh..lari tajuk dah ni...Actually i dont know how to start yet....I just thinking...how i'm as a blogger.


-------------------------------------------------

Ohh..entry yang atas ni, aku copy balik dr blog aku yang suam-suam kuku dulu. Dulu aku tak rajin nak mekapkan blog,
asal ade sudeyh..tp akhirnya aku sendiri yang tak lalu nak tengok..haha. So..hapuskan itu...! Tak mo blog lama, nak buat yang baru..~serius mengade punye mak orang kan~..Dulu excited gila nak berbelog segala, tapi masa tu..hangat-hangat tau foo fah aje....due to my houseworks yg never ends tu, tambah lagi si baby ni yang dah pandai jeles bila ibu main taip-taip kat lappy ni. So..skrg!!!! harus merajinkan diri ok.


No matter what people say.. I'll write my story of my daily life.



loveisalwaysaroundus;



Dia yang semakin naik akal




Hari ini genap Hanna 11 bulan. Bermakna bulan depan usianya SETAHUN, sengaja kasi besar itu huruf. Walaupun namanya ade 3 suku kata, tapi hari-hari kami panggil dia Hanna .Kadang-kadang Nur dan jarang-jarang sekali panggil dia Zahra. Ada jugak yang gelar kami Triple H..hahaha. Sebab??

Ayah dia : Haris
Ibu dia : Hanee
Anak dia : Hanna

Alaa..tak kisah la itu semua. Tapi yang lawaknya ada jugak jiran-jiran tanya kenapa Hanee nangis kuat semalam? Jatuh tilam ke?..hahahah. Padahal Hanna yang nangis..bukan aku tau! Tershashul. Ada jugak yang nak mengagah Hanna tersebut pulak nama aku..aishhh, aku pun terblushing muke buat-buat ketawa..kadang-kadang buat tak dengar....ini bila kaum bapak yang mengagah.....dan bile isteri depa pun ade kat situ jugak,,huahuahua

Hanna sekarang semakin cerdik dan semakin ligat aktif tahap ya ampun..! Alhamdulillah, dia juga tidak banyak ragam dan karenah. Usianya 10 bulan seminggu, dia dah pandai jalan. Oh.., nasib baik atok, nenek, makcik, pakcik sempat tengok dia mula berjalan masa minggu akhir cuti sekolah aritu.. Ada yang kata dia cepat berjalan, ada yang kata ..ala, cucu makcik lagi cepat dari anak awak.., ok fine! x kisah pun...janji dia boleh jalan dengan lurus dan tegak....hee..bolehkan tulis camni?..Sekarang dia dah pun berlari-lari walaupun takde siapa pun yang kejar dia. Walker pun dia dah tak heran lagi. Aku dan B sibuk kejar dan main halang-halang dia supaya dia selamat dan tenang. Juga mengawasinya dari sibuk kemas-kemas barang serta melipat kain baju. Jangan sayang.., itu keje ibu ok.

Malam dia susah nak tidur. Asyik nak jalan sana sini tawaf satu rumah yang kecik ni. Dari bilik ke dapur, dari dapur ke hall. Dia pun sebenarnya tak tahu nak berhenti dekat mana. Memang! Memang rumah kami ni kecil ssangat. Tapi..cukuplah untuk sementara waktu saja ok..harap B baca yang ni ok..ehe. B dah janji nak balik semenanjung kan?..hehe. Malam hari pun aktiviti kami macam juga siang hari. Main kejar-kejar n halang-halang dia ni. Naik geram..tutup semua lampu..tapi dia tak nak tido jugak. Itulah yang boleh jadi Hanee kenapa nangis malam tadi?...

Bila makan time, kadang-kadang senang sangat nak bagi..sampai ibu excited gile bagitau ayah sebab hanna makan banyak. Kadang-kadang susah sangat, sampai gigit jari ibu pastu dia jalan laju-laju. Paling dia suka lobak dan jugak kentang....kentang rebus pastu lecek ok.....no no no bukan french fries tu...! Dulu aku rajin buat bubur nasi siap ikan seekor dan oh tidak, tidak pernah pula ayam seekor untuk hanna . Juga sayur-sayuran yang macam-macam jenis dan warna. Siap beli periuk kecik yang sweet comel cute utk masak bubur dia. Tp..skrg periuk tu aku buat masak sayur bening petola campur udang kering campur su'un...pehh..sedap tu ok! Kadang-kadang lepas makan ade buah epal, tak pun anggur. Walau leceh nak kupas kulit anggur tu, tapi ibu buat jugak....hanna awak perlu tau yang ibu amat sayang kan awak.. ..:)..Sekarang lauk pauk semua dah kurang pedas ataupun tak pedas. macam dulu-dulu. Dulu mata berasap hidung berair pun tak ade hal, sebab lagi nikmat bila minum air campur ais ketul. Skrg oh no..! tidak boleh lagi. Sebab hanna terlalu kecil dan comel manja untuk bersama ibu bapanya merasai nikmat pedas itu...skema! Sekarang makan nasi atas meja ade sambal belacan dan mesti wajib ada sambal kicap B punye. Tapi..x apela kan, at least hanna makan manyakk kan?...

Mari Intai-intai:


Hanna 5 months+....having teething rusks for her kudap-kudap.



Hanna 9 months..sibuk nak bace majalah APO? hihi. Clapping her hands also trying to step forward by herself..chaiyokk



Santai-santai petang sambil belek munge. Pastu tido terus. Bagus sekali.



Muke budak yang susah nak tido malam. Asyik nak main sana sini. Pastu kene pakse tido...nangis kuat- kuat



Hanna can walk forward by herself. She did fall, but she quick to stand up again....! 10 months


Ok dah, sambung lain masa. Ade pesanan mailbox untuk hanna..


WE LOVE U SOOO MUCH..kisskisshughug..!



loveisalwaysaroundus;