Monday, March 22, 2010

Hari untuk my darling..Hanna..!

Salam ziarah

Story ini antara yang terperam lama dalam draft....yes for jeruk..no for pekasam! Sekarang ada 2 story yang masih  lagi dalam draft. Baru nak duduk elok-elok menaip...B datang minta masak cekodok, buat milo panas tak pun minta jahit seluar dia  yang koyak..upps .Ok, rehat kejap bola mata dari menghadap skrin laptop bersaiz buku teks ini. Pabila dah get away dengan lappy.., lepas tu  rasa malas pulak nak sambung balik.  Dah  hilang feel  la pulak nak menceceh. Hanna sibuk dekat-dekat ibu nak dengar lagu baa baa black sheep....now she addicted dengan lagu Bintang Kecil dan Mary Had A Little Lamb pula. Lagu-lagu itu akan  saya ulang  berkali -kali .lepas tu tinggalkan dia sorang-sorang dalam bilik. Ibu pergi masak sambil itu membasuh pakaian lalu menyapu lantai rumah..hahaha

"i gave birth to her year ago..."..*wink + sob sob* Ohh...sangat touching ok!...Tak sangka dah setahun berlalu..Masih fresh lagi kat kepala otak ni cara saya meneran nak lahirkan hanna..such a  precious moment i tell u.. Dah besar anak ibu...no more baby haaaa...:) 

Bulan lepas, kami telah mengadakan majlis makan-makan sempena hari lahir my darling Hanna yang setahun. (well it wasn't HUGE..only our close friends and hanna's friends were invited). Parents and 8 kids seems to be plenty..!   Oh no...rumah kami ni kecil dan comel ya ampun...bercirikan konsep sauna dan bersama pakej bahang membara pula tu..hihi...sabah sekarang musim kemarau!.. So, kami sedar diri tentang ini. Muat-muat jek. Alhamdulillah, apa yang dirancang untuk majlis ini...berjalan lancar. It worked out beautifully ..! Walaupun tidak segrand dan sehebat mana, tetapi  ianya cukup berharga bagi kami..: :meraikan hari lahir pertama hanna. .! Sungguhpun saya tahu hanna  bukan tahu apa-apa pun, tapi she had a really good time with her friends, she played with everyone and never get cranky even without afternoon nap. Hanna gembira..ibu ayah lagi gumbira!

Pada mulanya kami merancang untuk buat majlis ini pada hari lahir hanna ( 18 Febuari 2010)..tetapi jiran-jiran kami pula sibuk dengan urusan mereka. Seterusnya kami rancang pada  hari Rabu (23 Febuari 2010)..pada pukul  5 petang. So...menu minum petang la yang sesuai untuk majlis itu dan seharusnya simple. Kami teruja untuk merancang majlis ini agar semuanya menjadi  dan ceria tentunya. .Apa tak terujanya, anak baru seorang, 1st birthday pulak tu..Bestnye kalau  atuk nenek pakcik makcik hanna ada pada hari tu...:)..Mesti mereka bergilir-gilir menggendong dan meriba hanna sepanjang masa. Tapi......itu  semua tidak terjadi heh..

Mewarisi sifat emak yang sukakan kesempurnaan..haha..yeke?..saya pastinya merancang untuk buat yang terbaik. Merancang tarikh majlis, menu dan juga senarai jemputan ialah perkara pertama yang ada di kepala. Nasib baik ianya dirancang secara kecik-kecik aje..untuk kita aje....make it simple and nice!

M E N U
******
Makaroni Goreng Manjaku
Nasi Goreng  Anakku
Puding Cocktail Sayangku
Puding Roti Kasihku
Puding Jagung Kastard Chomelku
------------------------
Black Forest Cake Adorable
------------------------
Buah tembikai
Air Buah-buahan
Kekacang
Keropok
Gula-gula
Jelly

Mihun goreng Singapura..!. Itu pilihan B..tetapi..disebabkan hanna suka sangat makan nasi goreng, saya terus tukarkan kepada nasi goreng anakku..hanna style....hahah power punya nama..!  Hanna makan banyak dan pastinyalah takpedas langsung!..hee

Dua minggu sebelum itu, saya dah mula survey barang-barang yang hendak dibeli. Bahan-bahan untuk dimasak, snacks, birthday decorations (belon,  pinggan, cawan..sudu..arghh..macam-macam le lagi..) Oho.tidak lupa barang-barang untuk goodie bags..! Puas hati rasanya..sebab semuanya di bawah budget saya lagi. Inilah bagusnya merancang awal..then ada masa untuk kita find out mana yang lebih okay dan sesuai....bukan yang mahallll sangattt..!..tapi yang penting mestilah  memuaskan hati dan masih dalam lingkungan budget kita..:)


 3 days before...

Bersepah sana sini

Gula-gula
Jely - jely

Puding's cup..

 
B awal-awal dah warning
"jangan letak colouring too much...BAHAYA..!"..hahah
so...warna puding pun pink-pink manja je

Simple birthday decoration

No garnish at all...!!..
bila dah siap di 'make up' segala..terlupa pulak nak snap

Kunyah kudap..

Ini ialah rupa Black Forest Cake katanyaaa...yang saya tempah..
i'm quite  upset juga sebab kek ini .......tak menarik langsung!
rm45.00 for 1kg
Tadaaa...saya deco sendiri guna Smarties yang colorful tu..
Finished off my cake with number 1..for symbolic she turned to 1 year
tu mainan hanna yang mcm puzzle tu..huhu

My homemade Bubur Merah..

Apa yang saya tahu..bubur ni..bubur orang jawa. Masa kecil dulu..emak banyak kali buat  bubur ini bila tiba hari lahir anak-anaknya. So..saya pun buatla juga untuk hanna. Senang cerita bubur ini di buat sebagai tanda kesyukuran dan disedekahkan kepada jiran-jiran ataupun kawan-kawan..Ada juga orang panggil bubur ni Bubur Bacaan..bubur dimakan setelah selesai bacaan yassin.


Hanna with friends
with birthday mask!..

Aisyah and hakim melaram habis..
Cute kan?

Selepas bacaan doa.., ibu and hanna potong kek..no tiup lilin..no birthday songs!..heheh. I let hanna have her own of piece of cake (feed herself)..

Rumah kami yang sendat dan ketat padat..

You see...

The kids played and laughed together..
ibu- ibu bapak - bapak sembang-sembang makan-makan

Goodie bag for GIRL
 

Goodie bag for BOY
 

Goodie bag for MOMs


The last slice for our little princess
Hanna Nur Zahra


Majlis berakhir 2 jam selepas itu. Someone said that they had never seen a one year old, have such a good time at her own party, which tells me we did something right...!..huhu Pada saya...ini bukanlah Parti Harijadi. Cuma sekadar jamuan makan kecil-kecilan saja. We had a great time and it was great to share it with friends..! Banyak juga B ambil gambar pada hari itu. Dan........ kami tentunya tak sabar nak tunjukan semuanya pada hanna bila dia besar nanti. 
Sayang selamanya untuk anak ibu:

2 comments:

  1. bestnyer.. seronoknyer.. bertuah hanna dpt ibu & ayah yg sgt2 menyayangi hanna..

    hanee, sy sungguh terharu.. kalaulah my baby aliff still alive.. alangkah indahnya hidup ini.. i'm missing him so much.. after i read all this entry, i'm crying.. seriously... i'm touching...

    hanna.. ingat pesan aunty syila.. jd anak yg solehah.. jg ibu & ayah baik2 bila dewasa kelak.. syg ibu & ayah spt mana mereka syg sama kamu ye hanna sayang..

    last but not least aunty syg hanna & ibu hanna so much!!!

    ReplyDelete
  2. thanks syiela..:)
    Awk jgn rasa sedih ye...ini semua dugaan
    Aliff ada menunggu awak di syurga..tentunya dia gembira kat sana

    Saya tahu hanna x paham apa pun saya buat majlis ni. Tp..cukupla utk dia happy bila dengan kawan2 dia.

    Alahai...touching la plak bila baca nasihat yg awk bg kat hanna tu. Harapnya macam tulah dia bila besar nanti..

    Sesungguhnya ibu dan ayah tak harapkan apa2 balasan..cuma rasa kasih dan sayang yang berpanjangan untuk kami...insyaAllah

    sob..sob..sobb
    tetiba tertouching lebih plak ni...hahah

    ReplyDelete