Friday, February 26, 2010

Oh spaghetti....oh Laksa Johor

Salam ziarah,


Chef Michael Smith...anda kenal siapa? We really adore him...he such a good chef and sangat cool...! Tidak bebel banyak-banyak..tidak juga merapu meraban...yang penting tidak menari nari dan menyanyi nyanyi di dapur..hee.. Sangat tenang dan selamba dia beraksi in his own kitchen. Saya sangat idamkan storeroom seperti dia...sangat kemas dan tersusun rapi.., he managed well and puts all the dry ingredient in bottles, canning jars or even in plastic zip baggies..Petang itu, chef Michael Smith  in actions with his wonderful recepi, Spaghetti Carbonara....uhhhh..lama tak makan tu..!..

 
Chef Michael Smith

Bila tengok spaghetti.., saya teringat Laksa Johor. ..marvellous..!. Semestinyalah laksa johor air tangan emak..! Lama rasanya tak makan laksa johor. Kali terakhir menikmatinya waktu mengidam masa pregnant dulu. Itupun lepas telefon emak dan bagitahu dia sedang masak laksa johor..! Esoknya...saya masak laksa ikut syok sendiri. Tiada had dan juga sukat-sukat. Yang penting dapat makan banyak-banyak..haloba oi..!..huhu.. Orang kata bila mengidam baby yang nak makan. Itu sebab masak ikut kata baby..hahaha..Dah bagi jiran sebelah  menyebelah pun masih banyak lagi. B kata ni baby mesti montel gila sebab makan spagetti ibu. Sudahnya kami makan Laksa Johor sampai la ke malam..masak tak ingat dunia oi !..

Teringat waktu kecil dulu, saya suka tolong emak tumbuk ikan tenggiri yang dah siap direbus dalam lesung batu. Emak banyak kali pesan..jangan curi makan ikan tu ok..!..huhu..sedap ikan tenggiri kene tumbuk tau!..Lepas tu kerja saya blend lagi banyak-banyak kali tulang temulang ikan untuk mendapatkan stok ikan itu pula. Its quite complicated to prepare this lovely dish..Banyak keje beb nak bikin laksa johor . All the condiments  that comes from fresh ulam-ulam should be finely shredded...sangat time consuming!!!..HARUS ada sambal belacan untuk meng'ummphh' kan lagi laksa ini dan seterusnya menambahkan lagi berat badan si pemakan..huahuahua.


 
 Laksa Johor's condiments..
: Daun kesum
 : Kacang panjang
 : Timun.
: Taugeh
: Hirisan limau kasturi
: Sambal belacan yang power


 
Sure punye emak komen cara saya potong timun ni....huhu


Alamak..! spaghetti tak nampak pulak..

My Laksa Johor...



Chef Michael Smith...u should try this Laksa Johor....;!



airtangan:

Pantai Kelambu...terbaekk..!

Salam ziarah,

Hm..
Hmm...
Hmmm....
Hmmmm.....
Hmmmmm.....
Hmmmmmm.....

Sekarang sedang sangat kusut. Tak tau mana nak story morry dulu. Serius..! i have so many things on my mind and many pictures to share but really dont know how to start...huh..!


 

Kami dan keluarga Cik Mas telah sama-sama melapangkan diri untuk bersantai di pantai itu. Perjalanan ke pantai itu memakan masa selama 2 jam. Mencari pantai itu umpama mencari jarum dalam tepung..!..huhu..sangat susahkan? Nasib baik ustaz Hasrul dah hafal susur jalan dan B pun ikut saja. Kalau datang sekali lagi comfirm tak ingat!..perlu study lagi..:)

  SubhanaAllah

PANTAI KELAMBU... uppsss..!.dont you ever  ever judge the sweets from their wrapper ok. Sila hentikan cakap -cakap pasal nama itu. Apa ada pada nama??..its AWESOME....! such a wonderful aquamarine sea and  white sandy beach..!  Sangat cantek .. Keadaan cuaca yang dingin panas bahang, tidak terasa pabila  semua bola mata kami terpana dengan keindahan pantai kelambu ini.
Tenang mata memandang


 
Sejurus tiba..kaum mama mama sibuk kemas-kemas barang dan set up all the foods yang di masak pagi-pagi buta. Menu santai kami ialah nasi ayam, nasi putih, ayam masak merah, acar, kuih apam dan karipap.



Haaaaaaaaaaa.....! hanna nak test karipap cik mas.


You are LOSER... ibu! Muka dengki..........


Hanna with her pink towel


Lari sana sini


 
Main pasir


Hye there...!!!
Ibu dan hanna.


Hanna first time pijak pasir pantai.



Mula nak nangis bila ombak datang...huhuhu




Help me....!!!!!!
Tak nak..tak nak..!!




Ok..ayah teman eh




Really LOVE this pic!




Awesome...right..?
B..awak sangat pandai..!
 



Oho...tak boleh tunggu lagi..
Jomla kita naik atas ehhh..




With cik mas and her kids



also LOVE this pic..!
muke hanna tak boleh tahan...!



Di entrance Simpang Mengayau. Tempat ini pun sangat best..!



Hanna bawa lari air cincau ayah. 



For beach lover.....saya suggestkan anda ke Pantai Kelambu yang sangat menawan hati!



Thursday, February 25, 2010

Hanna kena cucuk..

Salam ziarah,


Siapa bilang tanpa Milo badan tak boleh jadi sihat dan kuat?


Petang khamis minggu lepas, Hanna kene cucuk sempena birthday dia setahun...dos untuk baby bila dah umur setahun. Hadiah hari lahir yang WAJIB dapat untuk semua baby di muka bumi ini. Its FREE...no fees ok!.
I've read somewhere, body weight growth for breastfeed baby will be slightly  lighter than formula feed baby. Yeke?...hmmm..absolutely true...!! Dulu hanna semangat umpama Michelin logo jenama tayar tu. Tapi..sekarang..she's getting slimmer...huhu..nampak macam anggun kan?
Kalau nak dibandingkan dengan some of my friends, their baby kussss semangaat...Suka sangat tengok baby diorang yang sangat muka penuh dan ade double chin pulak tu..mata galak dengan pipi labuh chicky chicky boom  boom. Apa jenis foods diorang bagi anak makan sampai semuanya bulat-bulat comel loteh?..Ohooo, ada botol susu di tangan. Nyot nyot nyot tanpa henti lepas tu terus tido. Memang chubby gile dan berketul-ketul muscle dia. Susu formula kan dirumuskan dengan pelbagai khasiat tambahan and can put their baby on more weight. So bayi-bayi ini akan cepat membesar dengan semangat nya.  I personally believe all the mak mak di dunia bumi ini percaya akan kekuatan dan kehebatan susu badan mereka. Sangat berkhasiat untuk bayi-bayi mereka disamping mengandungi zat-zat serta vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi. Paling penting ianya mudah dihadam, mempunyai antibodi yang mampu menghalang baby dari terkena penyakit dan juga tiada pencemaran pastinya..plus yummy...;) Orang kata baby yang fully breastfeed ni cerdik dan fast leaner..katanyaaaa..Ada juga baby yang fully breastfeed semangat dan montok..huhu sounds nearly to sexy kan?.. ..Alhamdulillah..hanna is not underweight..so far laa. Nurse ada pesan..tapi ini tahap berjaga -jaga ya kakak..jangan sampai berat anak turun pula..jangan juga terlebih makan..


Hanna pusing sana sini nak turun dari penimbang berat tu. Berat badan dia tak berubah pun. Kalau ikut kedudukan carta lagu, ianya kekal seperti minggu lalu 2 bulan lepas iaitu 8kg sahaja.!! sangat tidak berbaloi titik peluh  merekacipta resepi baru dan menyuap nasi ke mulut ,juga sapu mop lantai sebab  nasi bertabur...*sigh!*..Tak ape ibu akan usahakan  berat badan hanna naik ok.


 
Haaa..haaa..lepas timbang jangan nak lari ehh! Meh kita pergi cucuk. Nampaknya hanna macam surrender. Tiada bantahan dan tiada amukan. 


 Bismillahirahmanirrahim...


 
Surprisingly..hanna tak menangis pun..! Claps..clapss...


 
dan...dia teruskan aktiviti lari-lari anak ...


bila berlari...mana pandang belakang lagi


Main cak cak baa..

Ok..jom kita balik meh...

 
 Dos-dos yang telah selamat diterima oleh hanna


Mula-mula peningkatan yang begitu memberangsangkan...tetapi sekarang? .hmmmmm


Kenapa tangan nurse itu tulis susu formula? Oh..NOOO..!

Balik dari klinik..ayah beli ice cream MILO in cup...sebab hanna KUAT dan SIHAT... huhu

ok dah..

sekian,

Wednesday, February 17, 2010

Happy Birthday Hanna!!!



" A year gone by
How time has flown
We can't believe
How HANNA's grown
She is such a joy
and so much fun
Our baby's turning ONE..!..."








12.01 am

12.12 am

12.26 am

12.37 am

This is how we celebrated our little princess's 1st birthday at 12.00 am!
Its totally turned 18 February 2010..!! 
Hanna happy sangat. 1st time dia layan semua Happy Birthday songs via Youtube..




Ok dah..lepas itu semua orang tidur.

weLOVEusomuchmuchmuchhh...


sayangsangatdia ;


 

Saturday, February 13, 2010

Tom Yam Kung haBibi..

Salam ziarah,

Hari minggu memang saya jarang masak. Saya ada superman superhero yang  hebat untuk beraksi di dapur. B juga sangat suka memasak, sama seperti ayah. Mungkin disebabkan kualiti itu ayah terpaksa pilih B jadi menantu..eh tak..haha..just kiddin!
Hari ini juga pagi-pagi lagi B dah keluar ke ke Tamu Minggu. B nak cari udang untuk di  masak tom yam atau lebih glamour dengan nama  saintifiknya ialah Tom Yam Kung..huhuhu.

Di enrty ini saya tepekkan hasil seni masakan haBibi saya.., nak buat tower tapi x jadi!..hehe








Walaupun masakan B ini tidaklah sesedap tom yam kung di Thailand..sawadeekapppp...but it was really superb and turned out really walllaaaahhh..!!. Saya tambahkan sekeping lagi asam keping bagi terangkat kening berkerut dahi menahan masam-masam manja. Cuma pedasss sikiiittt...je..;). Its ok kan?
Hanna nangis nak makan tom yam ayah. Tapi tak boleh..! sebab pedasssssssssss..sayang. Dia hanya makan udang bersama sup kentang dan juga lobak.

Teringat zaman belajar dulu..suka makan Tom Kha Gai..tom yam ayam yang dicampur santan. But i think that tastes great with prawn or seafood, so that it turns to Tom Kha Gong..tom yam udang yang dicampur santan.



"..THANK YOU HABIBI.."



 dengancinta:

 

Friday, February 12, 2010

Happy Birthday ayah dan emak..!

Salam ziarah,


Hari ini hari ulang tahun ayah yang ke 59 tahun..(12 Febuari 2010). Esok pula hari ulang tahun emak yang ke 54 tahun..(13 Febuari 2010). Oh..masih muda lagi ayah dan emak saya..sebab masih ada angka 5 di depan !.Ini semua kebetulan dan mungkin disebabkan ini mereka berjumpa dan dijodohkan untuk hidup bersama. Mungkin tidak ramai manusia di dunia ini mempunyai hari lahir seperti  ini. Saya dan adik beradik berebut-rebut untuk telefon ayah hari ini dan esok pula giliran emak. Tapi sebelum itu kami menelefon sesama sendiri untuk tanya apa hadiah yang mereka beli untuk dihadiahkan kepada  ayah dan emak. Adalaaaahhh...rahsia..!, Entahlah, tak tau nak beli apa..ada idea tak?.Itu ayat wajib dengar.

Ayah seorang yang tegas dan sangat kelakar. Tegas campur kelakar bersamaan dengan penyayang..bolehkan?. Sejak ayah pencen ayah sangat suka memasak. Pukul 9 pagi ayah sudah mula  berdiri tegap di dapur  untuk menyediakan makanan tengahari. Emak pula sibuk adjust rasa supaya bertambah lazat. Tapi itu dulu...Sekarang ayah lah superhero di dapur  and willing to cook pretty healthy meals for his big family...Surprisingly the meals turned out okay and sangat sedap...sangat rindu nak makan sotong masak lemak daun limau purut ayah. Setiap hari ayah tidak lupa untuk menghadap channel AFC di mana ianya amat membantu memantapkan lagi seni masakan ayah. Emak balik kerja senang hati dan makan sama-sama dengan ayah. Jelas sekali adanya unsur tolak ansur disini kan? Tapi bila masa cuti, emaklah yang menjadi superwoman di dapur manakala ayah berubah menjadi raja lawak tv..

Emak pula seorang yang sangat teliti, agak cerewet dan juga sangat penyayang tentunya. Jika dicampurkan semua itu emak seorang yang sangat sempurna di mata kami sekeluarga. semua emak di dunia macam ni kan? She knows what's good, what's bad for her children. Emak teaches her children to be independent and follow their dreams. She also let us to show what's on our mind. Emak sangat supportive  dan juga sangat sporting. Tiada rahsia antara emak dan anak-anaknya. For me that's fabulous..!. Emak juga sangat suka memasak, shopping, window shopping dan tentu sekali melancong. Saya pun suka!. Saya juga sangat rindu nak makan Laksa Johor emak yang sangat sedap tiada tandingan. Mempunyai emak yang cukup kreatif sangat menguntungkan. Semua kerja sempurna dan memuaskan hati. Tolak saja segala macam hiasan dan bunga-bungaan, emak pantas menyiapkannya dengan kemas dan cantik.


Sejak kecil kami adik beradik sudah dibiasakan celebrate hari penting  dan istimewa bersama-sama. Setiap kali tiba hari lahir kami..emak dan ayah mesti memberikan hadiah dan juga kek untuk buat kami gembira. Tetapi tidak pernah buat birthday party panggil kawan-kawan sedarjah dan juga jiran setaman untuk tengok kami tiup lilin lepas tu tepuk tangan ramai-ramai. Memadai hanya kami sekeluarga. Itu cukup buat kami menghargai antara satu sama lain. Apabila kami dewasa, kami mula merancang untuk menggembirakan ayah dan emak di hari istimewa mereka. InsyaAllah, lusa adik beradik saya merancang untuk buat suprise dinner untuk ayah dan emak. Walaupun saya tidak dapat berada bersama mereka, tetapi percayalah doa dan ingatan saya yang berpanjangan tetap ada untuk ayah dan emak...sob..sob..sob.


 Ayah bersama hanna

 Emak bersama hanna

 
My big family

"SELAMAT HARI ULANG TAHUN AYAH DAN EMAK. 
SEMOGA DIBERIKAN KESIHATAN YANG BERTERUSAN, 
DIPANJANGKAN UMUR HENDAKNYA
JUGA DIMURAHKAN REZEKI SELUASNYA..
APA PUN TERJADI KAMI SANGAT MENYAYANGI DAN MENGINGATI KALIAN
SAMPAI BILA-BILA."


 Epi becdey atok ngan nenek. Cemoga anjang umo. Hanna cayang nenek ngan atok cangat..mmuuuahhhh..!



Sayangselalu;