Tuesday, January 19, 2010

Hujan Oh Hujan




Hari ini masuk hari yang ke 4, hujan turun terus menurus. Berhenti sekejap..lepas tu hujan lagi. Kami duduk diam-diam dalam rumah. sangat boring tahu. Tak tahu nak buat apa. Lagi parah, kawasan sekitar ini selalu tak ade api..atau..karen..atau elektrik. Almost 7 times perday ok! Nasib baik cuaca sejuk dan dingin. So..ok la kan?..Tidak lagi rasa panas bahang mentari macam hari yang dulu-dulu...Bersyukur sekarang! alhamdulillah ya Allah, Kau turunkan hujan rahmat ini.

Bila musim hujan, B tak dapat pergi sekolah. Jiran-jiran pun sama. Rasa macam cuti sekolah pun ada. Masing- masing cerita sekolah ditenggelami banjir dan jalan masuk sekolah ditutup. Ini semua kerana hujan.dan..lepas tu banjir. Walaupun B cuti tak pergi sekolah, aku ade kawan!.., tapi kene ada pulak sekolah ganti. emm..cuti sebab bencana alam pun kene ganti jugak ek..? Apa boleh buat kan?

Bila musim hujan, nak keluar kemana-mana pun payah. Lagi tak best, bila B hantar kereta comel dia tu pergi workshop. Tak tahu bila boleh siap...mekanik kata sebab hujan . Jalan sana sini tak boleh lalu. Nak pergi pekan beli barang dapur..kene tunggu air surut. Kami makan ape ajelah yang ada. Nak makan ikan segar mata merah bersinar... Inner Shine...jangan nak mimpi. Mana ade nelayan turun laut hujan lebat banjir segala ni. Lauk sardin pun sodap..! Tamappp..!



Mood hanna bila hujan ni....bagus sangat.! Dia ikut aje ape yang aku ajar. Siapa nama Hanna..? cepat-cepat dia angkat tangan. Dua belah tangan pulak tu...huhu. Good girl!..Hanna pun sangat enjoy dan happy bila dengar lagu Burung Kakaktua via Youtube tu banyak-banyak kali. Barney-I Love You pun dia naik sangap bila tengok ulang-ulang..The best part is bila Hanna goyang badan dan claps her hand again again again and again..The worst part is bila Hanna tak bagi ibu pegang laptop..! aissshh..susah jugak ini budak kecik..


Mari intai:





Ini kawasan yang dekat dengan rumah. Nasib baik rumah tak kene banjir!




Orang kampung tengok banjir.



Ini sekolah B bile tenggelam dek banjir. Macam kat tengah laut je kan?
Nampak tak selipar guru besar B tu?..hihihi




She really enjoy while watching Burung Kakaktua and Barney's video clips via youtube.. Muke serius sebab tibe-tibe video was hang..haha.




See You Soon ok..


withlove;