Sunday, February 7, 2010

Terjah Tamu Minggu..!!

Salam ziarah.

Semua orang dalam dunia ni..gerenti tak boleh hidup tahan-tahan diri untuk tidak terjun ke arena membeli belah. Sangat syok tahu!Teringin rasa nak beli..haaa...ambik-ambik. Kalau harga mahal..terus letak balik dan cakap dalam hati..ahh, esok je lah beli..betul kan? Tapi lepas tu sumpah seranah apa pasal taukeh bubuh harga mahal sangat..? Takkan lah beli Lamborghini sebiji percuma sebiji lagi kan? Kalau keperluan tutup mata ambil barang terus bayar. Gila apa kalau nak beli secupak beras pun tutup mata  sedang tangan mengenggam  Blackberry Curve8530. Pastu kira duit dalam purse takut  tak cukup duit nak bayar  pada makcik jual keropok lekor kat tepi jalan. Tu belum termasuk lagi bungkus air kelapa dan pisang goreng buat ibu bapa di kampung..eh ape merepak ni..? Saya percaya..,semua orang sangat suka shopping!

Setiap hujung minggu aktiviti saya dan keluarga ialah..SHOPPING. Upss..bukan lah bermakna disini shopping untuk suka-suka dan habiskan semua wang ringgit malaysia $$$RMRM. Lebih sopan dan santun bila kata shopping untuk barang dapur. B kata kita kena pergi shopping pagi-pagi. Pagi tu tidaklah sangat..sempat mandi dan juga breakfast. B masak cempedak goreng sedang saya tidur lagi siap peluk-peluk hanna. Apa boleh buat, dah itu B yang rela hati nak buat..kan? Tapi..cepat-cepat saya bangun nak tunjuk sebenarnya kita ni bangun awal dari dia..hehehe Kat sini subuh awal..so..lepas solat saya pun TER tido la pulak!..ni true story ok..no tipu-tipu..

Pukul 11 pagi kereta comel B pun bawalah kami sekeluarga ke Kota Marudu..Jauuuhh dari pekan Pitas ni...dalam 45 saat minit perjalanan. So.seminggu sekali ajelah kami ke sana. Di Pitas ni bukan tak ade kedai runcit ataupun TESCO eh, ni tak ade nak beli beras segala..tapi bukankah lebih bahagia dan syiok kalau membeli belah sambil cuci mata? Ada jugak tak bestnya nak ke pekan Kota Marudu ni. Jalan nak ke sana..aduyaiiii..sangat sarat dengan lopak- lopak sini sana, runtuh sana sini..aihh..hebat sekali bila campur dengan enjutan juga goncangan badan. Sangat tak bagus ok dia punya jalan! Yang best part...TIDAK akan ade traffic jam!.Disebabkan dah tak ade jalan lain..redaahhhh ajelah


Jalan runtuh yang tidak dibaiki lagi. B kata dah berzaman macam ni..hihi


Sampai di Kota Marudu  B ajak terus ke Tamu Minggu. Kalau kat tempat kita..orang panggil Pasar Lambak takpun Pasar Tani. Yang pasti di Tamu Minggu ni macam-macam ada..! Sumpah tak tipu banyak jugak yang saya tak sangka ada di sini..Kebanyakkan warga ceruk kampung keluar untuk sama-sama berhimpit sempit serbu pasar ini. Bukan saja membeli barang..tapi juga berniaga. Berniaga hasilan kampung hasil tanaman mereka. Fuhh..memang tabik la dengan orang Sabah ni. Sehari sebelum Tamu Minggu ni, mereka dah mula berniaga. Ada yang sanggup buat khemah tidur di tapak niaga nak cari duit punya pasal. Yang paling buat saya tabik spring toing toing toing..kebanyakkan mereka adalah WANITA a.k.a nenek-nenek dan ibu-ibu.  Selalu saya gelarkan mereka, wanita besi..! Ada yang gendong anak sampai anak tersengguk-sengguk kepala tahan ngantuk. Tapi si ibu tetap peluk anak sambil menjual barang jualan mereka..sekarang tengah peluk hanna ni..hee Pandangan peribadi saya tentang Tamu Minggu ni..lebih kurang sama aje kat sekitar Sabah lainnya. Cuma beza sikit dari Pasar Tani kat tempat kita tu. Tapi pastinya ada keunikan dan keistimewaan tersendiri. Jom layan apa yang sempat saya selusuri di Tamu Minggu, Kota Marudu..


1) Jual  beli ayam

Taukeh ayam sedang beristirehat sementara ayam-ayam bergurau senda tidak sedar diri mau kene jual, kelihatan makcik di belakang membawa baldi merah bersama kain lap peluh di lengannya.

Ishh..bukan!..bukan kat sini saya beli daging ayam..! Disinilah tempat orang ramai yang nak membeli ayam hidup kemudian sembelih sendiri. Harga ayam akan dilaung kuat-kuat oleh taukeh ayam utnutk menarik perhatian orang yang lalu lalang. Bermula serendah harga hinggalah setinggi harga. Tapi..harga ayam tidaklah pernah tinggi sehingga berpuluh seekor ya. Lagilah tak masuk akal kalu beratus seekor..!  Ayam yang dijual bukanlah ayam luar biasa, hanya ayam biase-biase aje. Cuma taktik si taukeh  menjual ayam mereka  macam lelong baju penuh perada sarat dengan babuji labuci. Bagi saya..beli ayam hidup semacam tidak praktikal dan trend lagi. Banyak kerja nak di bikin. Buang bulu lah, celur dululah, cincang lah..haisshh tak ramai yang rajin di zaman serba cepat nih. Saya? Huh..! pun dah tentulah tak rajin...heee.


2)Tapak niaga

Port berniaga wanita-wanita besi Sabah yang tak hirau ribut petir salji hujan.

Port utk mereka berniaga..sangat sempoi kan? Tak payah susah nak fikir pasal atap, bumbung ataupun awning. Huh..lagilah tak tefrikir nak guna mesin kira untuk kira harga barang. Kira pakai otak sudeh. Apapun..mereka ni main taram ja harga barangan diorang. Psssttt...! MAHAL tahu harga bahan mentah. Timun sebatang RM1...kacang panjang secekak RM2..senang kira katanya. Just imagine that!.. Lain orang lain harga. Harga tak akan turun juga..


3) Sayuran segar dan buah-buahan kampung
Saya suka makan sayur. Juga buah-buahan. Hanna pun suka. B pun suka. Kesimpulannya..semua orang suka..kan? Tapi awal-awal tolak sayur pahit macam peria dan juga daun betik tua muda. Ohoo...lagilah minum air akar kayu tetiba-tiba terbawa-bawa emosi sedang berpantang lepas beranak.   Saya sangat cerewet pabila hendak membeli sayur. While purchase fruits or veggies you must know how to purchase  the fresh ones. The most important things is choose the vegetables at their seasonal,  freshest, tastiest and most nutrtion. Dont forget to look for  the crispness of that veggies itself with brightly colored leaves. Saya sangat pentingkan itu. The method of cooking juga sangat penting untuk sustain the nutritional value.
Ok di Sabah ni ada pelbagai sayuran dan buahan-buahan segar dari kampung. Sayur-sayuran macam biasalah, terdiri daripada aneka ulaman, kangkung, sawi, dan lainya. Tapi..kencur  cekur tak ada! Kene tanam sendiri belakang rumah dalam pasu. B dah tanam semalam. Buah-buahan pun ada yang tak pernah saya tengok sebelum ini. 

 Daun pandan yang dijual secara bundle, daun pisang, sayur cekur manis. Ada jugak buah pinang, umbut pisang dan juga rebung.

 Harga sayur yang telah di packing cantik-cantik cuma RM1..Lobak dan jugak kobis di jual ikut harga timbang selalunya RM2-3 sebungkus tu! Serai  seikat saje yang tak pernah naik sampai RM2..hee.

 
 Semuanya sayuran segar terbaik dari ladang

 
Jagung begitu sinonim dengan Kota Marudu. Kalau nak tahu, jagung yang paling banyaaaak sekali di jual.di Tamu Minggu ini. Pada setiap tahun mesti ada Pesta Jagung dan pastinya mereka sambut dengan sangat meriah. Sana sini kita akan nampak jagung aje..hehe. Kalau tak silap..pesta ini diraikan selama seminggu. Cubalah fikir..hebat tak hebat penangan si buah jagung.

 

 
 Buah pelam kampung yang sangat masamm..

  
 Cuba teka buah apakah ini? Sukun..? Oooo...bukan! salah..salah..salah..salah...lalalalalala
Inilah dia buah tarap atau bahasa saintifiknya Artocapus odoratissimus. Jarang sekali kita jumpa di semenanjung dan acapkali di Sabah. B kata buah tarap ni sangat unik. Unik? Ok..saya cuba untuk memperincikan rasa dan tekstur buah ini okay. Its just from my taste buds je lah..hee


  
Inilah dia rupa isi dalam buah tarap yang telah di belah. Dari rupa kulitnya seakan-akan buah nangka.dan durian. kan? Kulitnya pula lembut apabila ianya cukup masak-walaupun tengok dari mata kasar macam tajam. aje. Isi buahnya juga lebih kurang serupa dengan buah manggis sebab berwarna putih suci murni and it has a good aroma!..Kedudukan isi buah tarap ini mirip nangka dan cempedak. Tekstur buah sangat lembut hingga nenek tak ada gigi pun boleh makan tapi jangan telan terus ok. Rasa buahnya macam buah durian belanda pun ada, rasa masam manis. It seeds also can be eaten when roasted. tahu?..Haaa...ambik ko macam mana nak kelaskan buah ini sedap macam mana ya? Maybe thats why la buah tarap ini sangat unik. Hanya dengan sebiji buah tarap..anda boleh cerita untuk semua jenis buah..hahahahaahahahahahahaha..uhuk..uhuk..ok berhenti ketawa sekarang!

  
Ini juga buah yang kita tak akan jumpa di semenanjung iaitu buah bambangan atau nama saintifiknya Mangifera panjang. Buah bambangan ini adalah jenis buah-buahan yang bermusim, producing fruits mainly in the month of August. Kulitnya yang agak kasar dan tebal itu senang dan mudah sekali untuk dikupas. Isi buahnya kuning dan macam mempelam ataupun mangga. Pleasantly sweet and juicy, the flesh is fibrous...dan ya ampun..sangat sedap..! Tapi...yang paling hebat ialah bau buah ini apabila masak ranum. Tak boleh bawak masuk kapal terbang ok..! Jangan tak tahu, orang Sabah ni suka makan buah ini dengan nasi sebagai lauk utama mereka. Ohhh...sangat rindu pulak nak makan sambal belacan campur pelam emak saya.


4) Ikan Masin dan Ikan Bilis
Kawasan rumah saya tidaklah begitu hampir dengan laut. Tetapi sangat hampir dengan debu dan habuk..huhu. Tuan punya rumah ni timbus tanah dan pasir untuk kambus kan paya di depan rumah. So..hari-hari la habuk dan debu datang singgah hinggap di tingkap rumah pabila angin kencang menggila Ok..tak nak cerita ini..nak cerita lain. Apa kene mengena debu, habuk, tingkap dan tuan rumah dengan tajuk ni? Tukar topik sekarang.
Di daerah Pitas ini adalah syurga bagi penggemar ikan bilis dan ikan masin. Macam-macam jenis ada.....


Ikan bilis yang dari pelbagai jenis dan saiz. Dari yang halus hinggalah yang besar besar belaka. Selalunya semangkuk kecil tu mereka jual dengan harga RM2..



Pelbagai jenis ikan masin terdiri daripada ikan gelama, ikan merah, ikan terubuk, pari dan lain-lain


 

  
Ini ialah ikan masin pari. Hmm..rasanya tak pernah ada lagi dijual kat semenanjung. Saya pun tak pernah lagi makan ikan masin ni.


5) Parang dan pisau
Agak menyeramkan juga bila terpandang ada orang jual parang dan pisau secara terbuka macam ni.Seriau darah den.!



6) Sireh dan kapur
Semacam satu yang WAJIB warga tua, terutamanya ibu-ibu mengunyah sireh bersama kapur dan menghisap tembakau. Rata-rata  Tamu yang saya pergi, mesti ada yang menjual kirai, tembakau, sireh, kapur dan sebagainya. Seperti biasa, wanita-wanita besi lah yang aktif menjualnya sambil mereka menonyeh sirih ke mulut. Sempat juga saya tanya, sedap ke makan sireh?..Lalu wanita besi itupun terus jawab..bagus bahhhhhh..!.terus dia tunjuk thumbs up dekat-dekat dengan muka saya. Eh, itu kata diorang lah yang dah serasi bersama sireh dan kapur. Saya tak buat cerita ..ok!

Wanita besi sedang tenang menunggu pelanggan. Makcik baju kaler biru tua tu tengah buat apa tuuuuuuu..?

 
Sireh, kapur dan juga barisan tembakau.



Yang ini pula kirai. Digunakan untuk menggulung tembakau untuk dijadikan rokok daun. 


7) Perhiasan wanita
Peh..beranikah anda menjual seperti ini? Kita bercakap tentang emas tulen ya..! Ishh..seram jugaklah tengok kalau emas tulen di jual tempat terbuka macam ni. Senyum sampai telingalah segala macam penyamun tengok emas yang berderet anggun seperti ini. Tapi...semua orang tahu , ini bukan emas tulen pun. Orang kata emas pakai buang. Warna dah luntur, terus simpan dalam laci. Tahu malu nak pakai sebab takut orang ketawa terbahak-bahak...hee



Gelang manik dan juga mutiara.


Pandai betul budak ni jual emas tipu-tipu ni. Padahal diri sendiri pun belum tentu suka kemas emas. Tp..he is brilliant! Mampu terangkan secara detail tentang semuanya. Ok..sekarang baru tahu budak ini sangat suka emas..hahaha. Taukeh Poh Kong, Emas Seri Pinang, Habib Jewels...Zhullian pun boleh juga....,ambil budak ini sebagai pengurus di kedai anda..


8) Gong


Terkesima beb..bila saya terpandang ini. Sungguh tak percaya kan kat pasar lambak macam ni pun ada jual gong. Siap ada pertunjukan pukulan gong lagi. 


9)Bunga

Penduduk Sabah ni sangaat menggemari pokok bunga kertas. Macam-macam warna ada..


Ok dah..dah..dah habis cerita Tamu Minggu. B hilang entah ke mana. Hanna pun B gendong bersama. Alahai..kesian...rupa-rupanya B tunggu dalam kereta. Hanna tidur di riba ayah. Tangan siap letak kat dahi betapa dia lama menunggu ibu supaya jangan merayau lagi kat Tamu Minggu. 
Hanna dah tidur.., terror tak B tidurkan dia...
Hurm..B, awak sangat terror ok! Macamana dia boleh surrender tidur dekat riba ni?
Well...B bagi dia minum susu Dutch Lady. Habis 2 kotak...Nangis je tak nak diam.
Errkk...ok, i'm so sorry B sebab lupa diri kejap. Kenapa tak telefon ayang je?
Aiik?..awak pegang handphone siapa tu?..
Ohhh..heheheh., handphone B. So..arini rasa macam haloba simpan dua handphone dalam handbag!

Hari itu sangat seronok dapat ronda-ronda di Tamu Minggu .Sambil tengok itu ini. sehingga terlupa kejap husband and baby..


..i'm so sorry B and Hanna...LOVE U BOTH...!..;)



selalucinta;




No comments:

Post a Comment