Thursday, February 11, 2010

9 daripada 10 pintu rezeki datangnya daripada perniagaan...:)

Salam ziarah

Perniagaan adalah sesuatu yang digalakkan di dalam Islam. Malah agama lain juga memandang positif  aktiviti perniagaan ini. Kita sedia maklum bahawa aktiviti perniagaan menjanjikan pulangan yang berlipat ganda bagi seseorang yang berusaha bersungguh-sungguh. Tidak kiralah apa jenis perniagaan, yang penting ianya  haruslah halal dan bersih dari segenap sudut. Ramai manusia mengangguk kelapa kepala tanda setuju bahawa masyarakat Cina yang paling terror  melopori aktiviti jual beli ini. tapi..Melayu pun hebat juga..! Bukan   golongan cerdik pandai sahaja layak menggapai keuntungan juga merasai kerugian. Mereka yang pendek akal juga berhak mempunyai ruang untuk sama-sama menikmati keuntungan dan kejayaan. Bohonglah sekiranya berniaga bukan untuk menikmati keuntungan. Sekiranya bersedia untuk menikmati manisnya keuntungan  maka bersedia jugalah untuk merasai pahitnya kerugiaan. Melalui perniagaan juga, dapat melatih kita untuk bersabar. Patience is the best remedy for every problems..! Bukankah sifat bersabar itu salah satu dari sifat mahmudah? Ini janji Allah swt bagi orang yang bersabar, ganjaran pahala yang dijanjikan tanpa hisab..
 Okay,  ini bukan entry untuk bagi taklimat ceramah. Sila teruskan pembacaan anda...;)

Saya bukanlah seorang business minded. Bukan juga seorang yang ringan mulut manis bicara promote barang pada rakan taulan juga pada saudara mara..termasuk ipai duai ya . Lagilah tak pandai nak pujuk rayu orang beli barang dan cakap jaminan 30 hari wang anda boleh dikembalikan. Memang saya tiada kelebihan untuk itu. Tetapi saya suka mencuba kiranya sesuatu itu menyenangkan dan begitu hampir dengan jiwa saya. Saya akan terus berfikir tentang apa saja yang terbit di kepala lalu  cuba untuk menzahirkannya demi kepuasan diri sendiri.  I'm trying to achieve GOAL to fulfill all my needs!!! Itu fitrah manusia kan? If you want to achieve something, you must have a good plan dan berusaha la ke arah itu. It is important to think in advance how reasonable that goal it is. Perancangan itu penting agar apa yang diimpikan akan diperolehi dengan mudah. Yang paling penting usaha bagi jadi realiti.

Betul la kata orang, belum cuba belum tahu. Jadi..anda pun perlu cuba untuk mengetauhi warna-warni aidilfitri perniagaan itu. Sedar tak sedar genap sebulan hari ini saya berniaga. Bukanlah berniaga modal juta-juta. Tidak juga saya main saham nama tepek kat BSKL..oh no no no its never happen.. Bukan berniaga body untuk fikir hendak kaya lupa diri. Tidak..! ya Allah..jauhkanlah dari semua itu. Cuma atas dasar ingin mencuba dan  mempraktikkan kemahiran yang tidak seberapa. Hampir dua tahun saya tinggalkan dunia pendidikan juga dunia masakan sebagai kerjaya. Oho..tidak saya lupa kesemua kenangan mengendali kuliah dan kelas masakan yang  kadangkala terbawa hingga ke malam. Belum campur lagi dengan perangai pelajar yang macam-macam gaya.. Saya rindu kalian semua..Itu semua kenangan indah bagi saya dan semestinya saya lakukan itu dengan sepenuh jiwa dengan minat yang mendalam. Culinarians...i'm gonna miss uol so much..much!!

Inilah aktiviti pagi-pagi buta harian saya: -

 
Sebahagian dari tempahan

 
Without sambal

 


 
Ready to pick up

Siapa yang tidak pernah makan nasi lemak? Siapa..? meh bagitahu sekarang...Tidak kira pagi, tengahari, malam, tengah malam ada saje yang pekena nasi lemak..but i seriously doubt you want do that for healthy reasons. Alaaa...sesekali apa salahnyakan?..Bukankah rasa sedap, bahagia, cantik dan jelek itu subjektif? Tidak semua manusia mempunyai rasa hati dan lidah yang sama. Saya tidak berani kata nasi lemak ini yang paling sedap..! Oh tidak sama sekali. saya tak nak jadi seorang yang perah santan ok. sebab itu cepat-cepat sedar diri..bahahah..Tapi bolehlah untuk di bawa makan keliling meja anak beranak. Ok, tolak tepi cerita sedap dan lazat berkrim. Dulu saya sangat berkobar untuk mulakan sesuatu yang baru. Selalu berangan cakap nak bisnes itu ini..padahal cakap je lebih untuk  hilangkan rasa boring. Berita saya hamil, lagilah membuatkan saya rasa perlu tangguh lagi. Waktu itu B sokong 100% dan sampai cakap tak payah masak masuk dapur cuma duduk-duduk saja goyangkan badan kaki.. Syukurlah dalam tempoh kehamilan semuanya berjalan lancar dan saya masih boleh lagi menguruskan rumahtangga dengan baik.

Hari pertama berniaga agak kelam kabut dan rumah sangat messy..Bangun pukul 2 pagi untuk sedia masak nasi lemak periuk besar.. ketika ini ayam pun belum bangun tau! Kalau terjadi apa-apa bolehla kita cover balik sebab masa pun panjang lagi. Sambal dan condiments lainnya sudah saya ready awal-awal. Saya tidak biasa dan  jarang sekali masak nasi guna dapur gas..haha sangat jujur saya bagitahu ini. Lagilah guna periuk besar, kuantiti juga haruslah besar juga kan? Selain bekerak tebal, saya juga agak risau andai nasi lembik dan tidak cukup masak.  Pernah sekali nasi kurang masak saya dan B bergilir-gilir mengukus nasi dengan menggunakan pengukus  periuk nasi. sangat kecil ya ampun!  Kami mengukus nasi dalam keadaan gelap (waktu bekalan elektrik teputus) sedang nyamuk seronok menggigit kami sana sini.  Sementara nasi dikukus kami duduk  depan lilin minum milo panas cicah dengan biskut Tiger perisa vanilla..It was really macam candle light minum-minum pagi-pagi buta!..nanti kita buat lagi eh B..
 
Alhamdulillah, saya dikelilingi oleh mereka yang sangat menyokong bisnes kecil ini. B ialah orang yang sangat menyokong dan orang yang pertama sekali memberi kata-kata semangat yang kadang-kadang buat saya rimas. You can do it yang!..cepatlah start ni dah tahun 2010..Hanna dah besar, apa tunggu lagi..! Almost everyday dia dok cakap macam tu. Ye, saya tahu anak dara awak dah besar. Tunggu seru dari Allah swt pula lah ok..hahaha. Hingga pada suatu hari B bagitahu saya kawan-kawan di sekolahnya order nasi lemak 10 bungkus. B kata awak kene buat juga tahu? Tak baik hampakan orang. Awak pun cakap, kawan-kawan saya, kawan-kawan awak juga. This is the best TIME TO START sayang..! Prove it!.Aduyaii..oklah..oklah. Rupa-rupanya B yang buka mulut suruh kawan sekolah dia order. Saya pun buat dengan penuh ikhlas ok..! Senang hati bila B bagitau mereka nak order lagi hari-hari. Hinggakan 2 bungkus untuk seorang. Saya juga mempunyai jiran-jiran yang sangat menyokong dan merekalah juga penggerak perniagaan ini. Jiran-jiran saya  akan mengambil tempahan dari rakan-rakan mereka yang majoritinya mengajar di kawasan pedalaman. Seawal jam 5.30 pagi B akan hantar nasi lemak ke rumah mereka. Secara tidak langsung saya menjadi pembekal makanan kepada cikgu-cikgu pedalaman yang selalunya kekurangan bahan mentah untuk di masak. Sekarang saya  ada tagline  yang tiba-tiba lalu lalang tanpa henti di kepala ni.." Saya Bantu Anda, Anda Bantu Saya"..hahah..sweet kan tagline tu?




" sembilan daripada sepuluh pintu rezeki itu datangnya daripada perniagaan"
   hadis riwayat at-Tirmizi


syukurlalhamdulillah;

1 comment:

  1. whoaa.. hebatlah businessmom nie.. yakinlah bahawa disebalik kesusahan itu pasti terselit kebahagiaan dan kejayaan... keep up the good work being a supermom!

    ReplyDelete