Thursday, March 25, 2010

Kerana Strawberry itu...

Salam ziarah

Mula-mula teruja sangat nak buat kuih talam keladi berlauk. Bila lepas tengok channel AFC tadi...hati berbunga mau bikin talam tu. Sedapnya talam keladi berlauk. Sangat suka..!..Tapi tak pernah buat..makan je pernah la. Itu pun 7 years ago...hooo..sangat lama sekali..Macam dah lupa je rasa dia. Hmm..yang penting cukup rasa lemak masinnya..Tapiii....semua tu berangan je. Santan tak ade...tepung beras pun tak de. Telan air liur je la dulu buat mase ni ek..Ok dah dah..takde kena mengena dengan tajuk..haha


Anniversary kami tahun ni...tak sempat lagi nak buat something special. Just makan kat luar je di saksikan oleh buat hati kami hanna..hehe. Tahun lepas hanna baby lagi..belum sebulan pun. Saya pun dalam tempoh berpantang. B pulak tak ade...  balik Sabah sudah...:(


Merah itu....menggoda?

Special THANKS goes to aisyah sebab bg buah yang menggoda ini..special dari Ranau ni. Actually, saya tak berapa suka buah ini. Begitu jugak dengan B. Kami agak..mesti rasa masam..tapiiiii....MANIS. Sedap kami layan buah ni depan tv sambil tengok cite Senja Permai....kahkah. 

Tiba tiba...............................................................

*
*
*
*
*
*
*
*

Cepat-cepat bagi sebiji strawberry pada B..and the rest saya simpan masuk dalam fridge . Tak boleh makan lagi...nanti tak cukup pulak..
Terus cek bahan-bahan kat dapur..alhamdulillah semuanya ada. Walaupun baki-baki je..tapi cukup le untuk buat separuh adunan je.  I'm ready to make Steam Chocolate Cake...aka Kek Coklat Kukus......!


Kek Coklat Kukus

Making a cake is not hard if you follow the simple rules. Godak-godak...pastu tuang dalam cake mould. Then bakar atau kukus dengan suhu yang sesuai. Jika mengukus kawal api jangan terlalu besar. Kalau membakar..mestilah kene ikut darjah kepanasan yang betul. Lama rasanya saya tak mendeco kek. Hmm..almost 2 years.  Sejak dah tinggalkan dunia pastry and bakery..jarang sekali saya buat kek. Ada jugalah sekali dua..tapi tidaklah sekerap dulu. Rindu rasanya nak kembali beraksi di kitchen..dengan karenah students yang macam-macam gaya dan rupa bentuk...haha..jangan mare aa Seronok tengok diorang bersorak bila kek yang diorang bakar cantik dan menjadi....;)..kenangan terindah..sob..sob..

Saya buat vanilla buttercream untuk topping..Agogo je. Berangan sekejap.... kan best kalau ade cream cheese...boleh buat topping dan lepas tu ibu makan sorang-sorang..kahkah. Jangan nak berangan. Perlu terima hakikat.

Tadaaa....
Steam Chocolate Cake with Vanilla Buttercream
Garnish with fresh ripened strawberries

Close up..



sprinkled chocolate rice

untuk B

Yang ini..hanna punya


Tengok tv je kerje dia

Hmmm....dap nye


Saya bagitau B...ini ialah kek untuk anniversary kita..
Alhamdulillah B suka..dan yang penting JIMAT..hehe




Rindu kenangan lalu

Sudah tiba masanya....

Salam ziarah

Jarum pendek menunjukkan hampir ke nombor enam. Jarum panjang menujukkan tepat ke nombor sembilan..secara kasarnya jam menunjukkan pukul 5.45 pagi. Dah 15 minit B pergi sekolah. Saya baru saja selesai mengemop lantai. Mop lantai dengan sentalan yang hebat dan kuat..hehe.  Hanna tenyeh coklat Cadburry di serata lantai..! Saya tak tahu lah dia pandai makan coklat ke tidak. tapi..dia joint sekaki makan dengan ayah dia malam tadi. Mungkin dia geli nak pungut coklat yang jatuh dan lembik kat lantai..then she squeezed it with her kaki. Iyee...ibu tau.., betul punye..Pepagi buta ni saya tak pernah exercise..tapi pagi ni..exercise habess..kahkah

Menu breakfast pagi jumaat ni
Sandwich Ayam Special Ala HaBibi.....hehe..baek punye
Hari ni B tak nak roti tu dibakar..so saya tepek jela 
Tomato nak lebih...tapi nak kurang mayonis
Milo panas tak de pulak kat situ

Hari ini jualan nasi lemak saya kurang berbanding hari-hari biasa. Sengaja saya kurangkan jumlahnya. Jualan hari ni hanya untuk sekolah B dan jiran sebelah je. Setelah  hampir 4 bulan berbisnes kecik-kecik ni, saya tahu sudah tiba masanya perlu menukar menu jualan. Semalam nasi lemak berbaki 7 daripada 55. Saya rasa ini kali pertama ianya berbaki. Hmm..masanya sudah tiba. Mungkin mereka dah jemu nak makan hari-hari. Dulu banyak kali jugak saya tanya pada kawan-kawan, tak boring ke diorang tu makan nasi lemak...?.....tak pun.., itu je jawapannya. Untuk menjauhkan sekejap mereka dengan nasi lemak, saya akan berehat sehari setiap 5 hari berbisnes. Maksudnya 4 hari jelah  turun dapur pepagi buta tu.  Pernah juga tukar bihun goreng..tapi kejap je. Diorang tu lagi prefer nasi lemak...katanyaaaa..Apapun itu semua rezeki. Saya anggap untung rugi tu sebagai warna warni perniagaan. Adatlah bila berniaga...Jika nak hirup madunya...haruslah terima sepahnya juga kan? 
 \
 Nasi Lemak Perantau..tibe-tibe macam nak balik kg!

Jualan nasi berlauk kat sekolah B...berjalan lancar. Hari-hari dengan menu yang berlainan..Hmm..sekarang tengah dalam proses nak buat cycle menu..i believe that its more efficient and  more easier to set up all the ingredient and doing the mise en place ..wahhh..lama tak guna perkataan ni!.. Culinary terms that comes from French language..means preparation before cooking. It may reduces time dari hari-hari fikir esok nak masak ape pulak. The best part is can helps to minimize repetition..!.
Dulu...hari-hari juga saya buat kuih. Sekarang ni jarang-jarang. Pau, donut, karipap, burger malaysia...tu jela antara yang saya suka buat. Tapi sekarang dah tak sempat nak layan kuih dah. Layan hanna yang bangun tibe-tibe nangis nak dukung je...satu lagi hal. Tapi..sekarang cik mas dah take over jual kuih pulak .Taukeh kuih dia sekarang ni...hihi

Semalam Kak Nor ada cadangkan supaya saya cuba pula buat nasi ayam, mee rebus, laksa dan menu goreng-goreng lainnya. Dia bagitau kawan-kawan sekolahnya..lebih suka makan heavy breakfast.....wah..orang sabah ni power jugek ek Alahai..makan untuk sendiri boleh le...nak jual makanan yang berat-berat ni tak terfikir. Dulu nak mulakan nasi lemak pun..liat-liat je. Nasib baik B ada jadi penyandar bila rasa nak give up dan malas nak bangun pepagi..heee. Semua ini dalam perancangan lagi..tengah buat paper work ni..ececeh..

Aiyoo..sekarang jarum pendek ke arah enam..jarum panjang ke arah 4...so..secara kasarnya menunjukkan pukul 6.20 pagi. Pagi ni hanna tidur lena. Tak bangun pepagi nangis-nangis. Mimpi best la tuuu

Ok dah..nak pergi jemur baju pulak
Daaaa



Sempurnakan duniammu

Wednesday, March 24, 2010

Indahnya Selawat Syifa

Salam ziarah



 "Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammadin Tibbil Qulubi wa dawa iha, wa 'afiah 'abdani wa syifaa iha, wa nuuril Absori wa diyaa iha, wa 'ala alihi wa sohbihi ajmain"

Ya ALLAH, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan, dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya.

Masa bercinta-cinta dulu B selalu pesan suruh amalkan selawat ini. Tapi..selalu terlupa..heee.  Kadang-kadang baca,,kadang tak. Sekarang saya berjaya  menghafalnya dengan lancar.  Berdendang dondang saya menghadap saluran ASTRO OASIS petang-petang menerusi Indahnya Iman. Kumpulan Hijjaz kumpulan nasyid yang saya minati....tapi Rabbani yang pertama dihati. Terus lupa lagu-lagu Balada dan Pop Etnik yang lain...heeeeeeeee

Saya ada terbaca keistimewaan kepada sesiapa yang mengamalkan selawat ini. Ok..marilah kita berkongsi ilmu tentang indahnya selawat syifaa ini. Ketika ini saya sedang mengamalkan konsep sharing is caring..haha

!) Selawat shifa ini sangat digalakkan membacakannya sebanyak 7, 5 ataupun 3 kali. Ataupun minimanya sekali pun sudah memadai.

2) Antara fadilat selawat ini ialah mampu menerangkan hati dan mata, menguatkan jantung..dan semestinya mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan. InsyaAllah..jika kita perdengarkan selalu pada anak-anak, mereka akan menjadi orang yang soleh ataupun solehah..

3) Selawat Syifa' di atas dapat menghilangkan lebam, bengkak, gigitan dan sebagainya. Caranya ialah : ambil minyak urutan, lalu bacakan ayat Selawat Syifa' ini dan kemudian sapukan di atas tempat yang sakit, untuk bengkak atau terseliuh elok dicampur dengan bawang merah yang telah ditumbuk. Insya' ALLAH dengan izin ALLAH maka hilanglah sakit atau bekas itu.

Saya percaya banyak lagi khasiat dan fadilatnya jika amalkan selawat ini..
Berselawatlah anda untuk jaminan bahagia di dunia dan akhirat..amin
 



Islam itu indah

 

Tuesday, March 23, 2010

Our Little Birthday Bash...

Salam ziarah

Ok..just wanna upload these lovely pictures here..
Ini cerita sebulan yang lepasss...baru la berkesempatan nak menceceh kat blok blog .
Hmm...malas pulak nak menceceh..layan gambar je ok!


                              TARIKH:  20 Febuari 2010
                              LOKASI:  Bilik 201, One Hotel, Kota Kinabalu
                               MASA  :  8.00 malam


Deluxe Room...RM85.00 per night

LCD tv yang cute...
ok la tuu..

Chocolate Indulgence Cake from Secret Recipe (1 slice ajee)
MCD
sgt comel birthday cone hat tu kan?..~strawberry shortcake image~


Hanna sedang mamam sumi
Ibu terover exposed sudah..huhu

bersama birthday cone hat di kepala

smile!

Hanna takut..so ibu yang tiup ok


Yummy..

Ayah suap hanna kek

Habis sudah

Our happy family
ALHAMDULILLAH

KAMI...


Dengan sukacitanya mengumumkan...TIADA lagi CERITA JERUK saya..hahaha..

Menarik nafas leha lega bila tiada lagi story mory yang terperam dalam draft..huhu




ceria selalu

Monday, March 22, 2010

Hari untuk my darling..Hanna..!

Salam ziarah

Story ini antara yang terperam lama dalam draft....yes for jeruk..no for pekasam! Sekarang ada 2 story yang masih  lagi dalam draft. Baru nak duduk elok-elok menaip...B datang minta masak cekodok, buat milo panas tak pun minta jahit seluar dia  yang koyak..upps .Ok, rehat kejap bola mata dari menghadap skrin laptop bersaiz buku teks ini. Pabila dah get away dengan lappy.., lepas tu  rasa malas pulak nak sambung balik.  Dah  hilang feel  la pulak nak menceceh. Hanna sibuk dekat-dekat ibu nak dengar lagu baa baa black sheep....now she addicted dengan lagu Bintang Kecil dan Mary Had A Little Lamb pula. Lagu-lagu itu akan  saya ulang  berkali -kali .lepas tu tinggalkan dia sorang-sorang dalam bilik. Ibu pergi masak sambil itu membasuh pakaian lalu menyapu lantai rumah..hahaha

"i gave birth to her year ago..."..*wink + sob sob* Ohh...sangat touching ok!...Tak sangka dah setahun berlalu..Masih fresh lagi kat kepala otak ni cara saya meneran nak lahirkan hanna..such a  precious moment i tell u.. Dah besar anak ibu...no more baby haaaa...:) 

Bulan lepas, kami telah mengadakan majlis makan-makan sempena hari lahir my darling Hanna yang setahun. (well it wasn't HUGE..only our close friends and hanna's friends were invited). Parents and 8 kids seems to be plenty..!   Oh no...rumah kami ni kecil dan comel ya ampun...bercirikan konsep sauna dan bersama pakej bahang membara pula tu..hihi...sabah sekarang musim kemarau!.. So, kami sedar diri tentang ini. Muat-muat jek. Alhamdulillah, apa yang dirancang untuk majlis ini...berjalan lancar. It worked out beautifully ..! Walaupun tidak segrand dan sehebat mana, tetapi  ianya cukup berharga bagi kami..: :meraikan hari lahir pertama hanna. .! Sungguhpun saya tahu hanna  bukan tahu apa-apa pun, tapi she had a really good time with her friends, she played with everyone and never get cranky even without afternoon nap. Hanna gembira..ibu ayah lagi gumbira!

Pada mulanya kami merancang untuk buat majlis ini pada hari lahir hanna ( 18 Febuari 2010)..tetapi jiran-jiran kami pula sibuk dengan urusan mereka. Seterusnya kami rancang pada  hari Rabu (23 Febuari 2010)..pada pukul  5 petang. So...menu minum petang la yang sesuai untuk majlis itu dan seharusnya simple. Kami teruja untuk merancang majlis ini agar semuanya menjadi  dan ceria tentunya. .Apa tak terujanya, anak baru seorang, 1st birthday pulak tu..Bestnye kalau  atuk nenek pakcik makcik hanna ada pada hari tu...:)..Mesti mereka bergilir-gilir menggendong dan meriba hanna sepanjang masa. Tapi......itu  semua tidak terjadi heh..

Mewarisi sifat emak yang sukakan kesempurnaan..haha..yeke?..saya pastinya merancang untuk buat yang terbaik. Merancang tarikh majlis, menu dan juga senarai jemputan ialah perkara pertama yang ada di kepala. Nasib baik ianya dirancang secara kecik-kecik aje..untuk kita aje....make it simple and nice!

M E N U
******
Makaroni Goreng Manjaku
Nasi Goreng  Anakku
Puding Cocktail Sayangku
Puding Roti Kasihku
Puding Jagung Kastard Chomelku
------------------------
Black Forest Cake Adorable
------------------------
Buah tembikai
Air Buah-buahan
Kekacang
Keropok
Gula-gula
Jelly

Mihun goreng Singapura..!. Itu pilihan B..tetapi..disebabkan hanna suka sangat makan nasi goreng, saya terus tukarkan kepada nasi goreng anakku..hanna style....hahah power punya nama..!  Hanna makan banyak dan pastinyalah takpedas langsung!..hee

Dua minggu sebelum itu, saya dah mula survey barang-barang yang hendak dibeli. Bahan-bahan untuk dimasak, snacks, birthday decorations (belon,  pinggan, cawan..sudu..arghh..macam-macam le lagi..) Oho.tidak lupa barang-barang untuk goodie bags..! Puas hati rasanya..sebab semuanya di bawah budget saya lagi. Inilah bagusnya merancang awal..then ada masa untuk kita find out mana yang lebih okay dan sesuai....bukan yang mahallll sangattt..!..tapi yang penting mestilah  memuaskan hati dan masih dalam lingkungan budget kita..:)


 3 days before...

Bersepah sana sini

Gula-gula
Jely - jely

Puding's cup..

 
B awal-awal dah warning
"jangan letak colouring too much...BAHAYA..!"..hahah
so...warna puding pun pink-pink manja je

Simple birthday decoration

No garnish at all...!!..
bila dah siap di 'make up' segala..terlupa pulak nak snap

Kunyah kudap..

Ini ialah rupa Black Forest Cake katanyaaa...yang saya tempah..
i'm quite  upset juga sebab kek ini .......tak menarik langsung!
rm45.00 for 1kg
Tadaaa...saya deco sendiri guna Smarties yang colorful tu..
Finished off my cake with number 1..for symbolic she turned to 1 year
tu mainan hanna yang mcm puzzle tu..huhu

My homemade Bubur Merah..

Apa yang saya tahu..bubur ni..bubur orang jawa. Masa kecil dulu..emak banyak kali buat  bubur ini bila tiba hari lahir anak-anaknya. So..saya pun buatla juga untuk hanna. Senang cerita bubur ini di buat sebagai tanda kesyukuran dan disedekahkan kepada jiran-jiran ataupun kawan-kawan..Ada juga orang panggil bubur ni Bubur Bacaan..bubur dimakan setelah selesai bacaan yassin.


Hanna with friends
with birthday mask!..

Aisyah and hakim melaram habis..
Cute kan?

Selepas bacaan doa.., ibu and hanna potong kek..no tiup lilin..no birthday songs!..heheh. I let hanna have her own of piece of cake (feed herself)..

Rumah kami yang sendat dan ketat padat..

You see...

The kids played and laughed together..
ibu- ibu bapak - bapak sembang-sembang makan-makan

Goodie bag for GIRL
 

Goodie bag for BOY
 

Goodie bag for MOMs


The last slice for our little princess
Hanna Nur Zahra


Majlis berakhir 2 jam selepas itu. Someone said that they had never seen a one year old, have such a good time at her own party, which tells me we did something right...!..huhu Pada saya...ini bukanlah Parti Harijadi. Cuma sekadar jamuan makan kecil-kecilan saja. We had a great time and it was great to share it with friends..! Banyak juga B ambil gambar pada hari itu. Dan........ kami tentunya tak sabar nak tunjukan semuanya pada hanna bila dia besar nanti. 
Sayang selamanya untuk anak ibu: